Apabila seseorang merasa manis dilidah samada melalui makanan atau minuman, ia akan mencetuskan rasa ‘gembira’ dibahagian otak yang mengawal emosi manusia. Kesannya kita akan cenderung untuk makan lebih banyak gula dan apabila kita tidak mendapat gula atau rasa kemanisan itu, maka kita akan tercari-cari sesuatu kekurangan.
Laporan pada tahun 2007 oleh World Cancer Research Fund and the American Institute for Cancer Research — “Food, Nutrition, Physical Activity and the Prevention of Cancer”terdapat kaitan yang kuat diantara masalah obesiti, diabetis dan sindrom metabolic yang disebabkan pengambilan gula yang berlebihan dengan kanser sekarang.
Menurut kajian ini , pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan penghasilan hormon insulin yang tinggi yang akan meransangkan pertumbuhan sel tumor. Gula akan masuk kedalam sel melalui sejenis enzim yang dipanggil P13K yang mana kandungannya sangat tinggi dalam sel-sel kanser. Gula boleh dikatakan diantara punca kepada masalah kanser sekarang.
Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi.
Di antara perkara yang tidak kita sedari merupakan gula tersembunyi yang banyak terdapat di dalam makanan.Makan banyak (lebih karbohidrat) juga membuatkan tubuh terasa letih kerana kadar gula dalam darah akan melonjak yang kemudiannya mengeluarkan hormon insulin secara berlebihan yang bertugas membawa gula darah ke seluruh jaringan tubuh yang akan diubah menjadi glikogen atau lemak.
Lemak berlebihan akibat makan terlalu banyak sukar diuraikan menjadi gula darah semula. Maka makan berlebihan tidak akan membuat tubuh menjadi segar malah menjadi lemah.
Keadaan ini terutamanya boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit kencing manis kerana ia boleh menyebabkan hiperglisemia (glukosa dalam aliran darah yang berlebihan).
Langkah pencegahan
1. Kurangkan penggunaan gula pasir dalam makanan dan minuman
2. Lebihkan meminum air masak/mineral/tanpa gula
3. Dapatkan produk tambahan seperti aloevera yang mampu menurunkan tahap gula dalam darah dan tubuh badan.
4. Banyakan makan sayur dan buah-buahan