Malaysia dikenal pasti antara negara paling ramai pesakit buah pinggang di dunia disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat penduduk terutama pengambilan makanan tidak seimbang. Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) Prof Dr Goh Bak Leong berkata terdapat kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang.
Jumlah itu dilihat semakin membimbangkan kerana ia meningkat setiap tahun. Pesakit ‘end stage renal disease’ atau penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) mempunyai beberapa pilihan rawatan seperti pemindahan organ, hemodialisis dan peritoneal dialisis.
CKD juga dianggap pembunuh senyap kerana perkembangan penyakit ke tahap akhir tidak menunjukkan sebarang gejala. Oleh itu, pendidikan adalah kunci bagi mencegah penyakit ini berikutan kebanyakan orang terutama dalam kalangan orang muda memandang remeh kepentingan menjaga buah pinggang sendiri.
Ketua Jabatan dan Pakar Runding Nefrologi Hospital Tuanku Ja’afar, Dr Lily Mushahar menjelaskan terdapat lebih 100 peratus peningkatan dalam jumlah pesakit buah pinggang yang baru di Malaysia sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Setakat 2015, penyakit buah pinggang kronik adalah antara 10 penyebab utama kematian di Malaysia, dengan peningkatan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 19.1 peratus sejak 10 tahun yang lalu . Statistik yang membimbangkan ini membuktikan betapa pentingnya meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.
Penyakit buah pinggang kronik ini merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hinggalah penyakit menjadi teruk dan buah pinggang sukar diselamatkan. Jadi sementara anda berasa sihat, pergilah menjalani ujian mudah ini bagi mengetahui status kesihatan buah pinggang anda. Kealpaan akan mempengaruhi cara perawatan dan peluang untuk menjadi sihat.
Bilangan pesakit buah pinggang meningkat dengan mendadak di kalangan penduduk negara-negara membangun. Lonjakan bilangan pesakit ini turut disumbang oleh faktor peningkatan usia, diabetis, tekanan darah tinggi, dan obesiti yang menyebabkan jumlah kes kegagalan buah pinggang kronik semakin bertambah.
Ramai perlu sedar bahawa penyumbang utama kepada kegagalan buah pinggang adalah penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu diabetes dan obesiti," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam kepada pemberita selepas melancarkan Mesin Dialisis Peritoneal Automatik, Lucenxia INTELLIS pada 22 JANUARI 2016 di Putrajaya.
Lucenxia INTELLIS adalah mesin dialisis peritoneal automatik yang yang direka khusus untuk pesakit buah pinggang kronik (CKD) bagi membolehkan mereka menjalani rawatan dialisis sendiri di rumah semasa tidur.
Menurut Dr Subramaniam, sehingga 2014 jumlah pesakit buah pinggang di negara ini yang menjalani rawatan dialisis adalah 35,580 pesakit, iaitu kira-kira 27,600 pesakit menjalani rawatan hemodialisis dan selebihnya Peritoneal Dialisis.
Daripada jumlah 35,580 pesakit itu, Dr Subramaniam berkata hospital kerajaan hanya mampu menampung perbelanjaan untuk kira-kira 8,000 pesakit dan bakinya adalah NGO atau sektor swasta.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Negara Datuk Dr Zaki Morad Mohamed Zaher berkata 16,000 daripada kira-kira 38,000 pesakit buah pinggang di negara ini memerlukan pemindahan buah pinggang untuk merawat penyakit mereka.
Bagaimanapun, katanya kekurangan jumlah penderma iaitu kira-kira 70 penderma setiap tahun menghalang pesakit membuat pemindahan buah pinggang dan terpaksa memilih rawatan hemodialisis atau Peritoneal Dialisis.
Cadangan daripada nutrisi
ALOEVERA GEL
SUMBER VITAMIN DAN MINERAL - Mengandungi sumber vitamin seperti vitamin A, kumpulan B, C, E dan mineral yang sangat baik seperti kalsium, potassium, magnesium, zink, besi.
SISTEM IMUN - Bahan yang terkandung dalam aloe vera gel iaitu polisakarida (polysaccharide) yang memberi tenaga dan mengimbangkan sistem imum badan.
Forever Bee Pollen
Kaya dengan asid amino penting dan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti vitamin B12, E, B1, B2, B3, B5, C dan D. Ia juga mengandungi mineral seperti kalsium, mangan, fosforus, zat besi, sodium, potassium, magnesium dan tembaga.
Juga mengandungi anti-oksidan, asid amino, karbohidrat, asid lemak dan enzim-enzim yang diperlukan oleh badan.
Forever Arctic Sea
Membantu:
Keseimbangan sistem kardiovaskular dan melancarkan peredaran darah. Mengoptimumkan keperluan fatty acid. Menggalakkan kulit, paru-paru. mata dan pembuluh darah yang sihat
Mengurangkan jumlah bad cholesterol dalam darah. Mengurangkan berat badan berlebihan
Mengatasi masalah kulit kusam dan jerawat, Masalah senggugut. Melancarkan aliran darah
Membantu menyokong tahap kolesterol dan triglyceride yang sihat. Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit jantung, pesakit strok dan pesakit tekanan darah tinggi.
Melegakan kesakitan kerana bersifat anti-radang.
Sumber