PENGEDAR KAMI
GEJALA KERACUNAN MERKURI DARI KOSMETIK
Merkuri juga dikenali sebagai air raksa (Hydrargyrum) adalah sejenis logam yang banyak ditemui secara semula jadi pada alam sekitar ia tersebar melalui batu-batuan, tanah, air dan udara sebagai senyawa bukan organik dan organik.
Merkuri pada tanah, air, dan udara mempunyai nilai yang rendah. Namun pelbagai jenis aktiviti manusia dapat meningkatkan kadar merkuri menjadi tinggi, antaranya aktiviti perlombongan dapat menghasilkan merkuri sebanyak 10.000 ton setahun.
KESAN MERKURI
Penggunaan berterusan merkuri pada mulanya akan menjadikan kulit licin, tetapi kemudian merkuri akan mendap di bawah permukaan kulit. Bertahun-tahun selepas itu barulah kulit kita mula menjadi rosak, biru kehitaman, kusam bahkan boleh mencetuskan masalah kanser. Sangat berbahaya bukan?
Penggunaan merkuri pada kosmetik terbukti berbahaya dan dilarang di kebanyakan negara. Tidak hanya berbahaya pada lapisan kulit luar, malahan bahan kimia tersebut amat mudah diserap ke dalam kulit dan masuk ke dalam aliran darah. Merkuri pada kulit akan membuat lapisan kulit semakin menipis. Kulit yang sering terdedah pada merkuri akan merosakkan saluran pencernaan, sistem saraf, dan ginjal.
Tanda dan Gejala Keracunan Merkuri
1-mudah marah
2-malu
3-menggigil/gementar
3-perubahan dalam penglihatan atau pendengaran
4-masalah ingatan
5-kemurungan
6-mati rasa dan kesemutan di tangan, kaki atau sekitar mulut.
Sifat merkuri yang larut dalam lemak, merkuri elemental ini mudah masuk melalui penghalang darah otak dan placenta. Di otak, merkuri akan berkumpul di korteks cerebrum (otak besar) dan cerebellum (otak kecil) sehingga mengganggu fungsi enzim dan pengangkutan sel.
Sumber: Agensi Bahan Kimia dan Bahan Penyakit Toksik