PENGEDAR KAMI
WORLD RALLY 2011 TESTIMONIAL EUROPE, VIENNA
man470009:38:00 PTGeagle manager, forever living, networking, pengedar, pengiktirafan, syarikat, terbaik
Tiada ulasan:
Lirik lagu Hokkian berjudul “Sejuta” yang mengatakan “Minum kopi di Itali, sambil makan Spaghetti di tepi jalan” memadai untuk menggambarkan keseronokan kami ketika melancong ke Eropah.
Kami bersama-sama upline Tom dan Jacqueline menjejakkan kaki di benua Eropah, sebuah benua yang bersejarah,sempena menyertai Rali Dunia. Kami telah dilimpahi pelbagai kemeriahan dan layanan yang sungguh mengagumkan, antaranya termasuk melawat ke beberapa destinasi yang menarik seperti Colosseum di Rom, menara condong Pisa, kota Florence, Venice yang terkenal sebagai “kota air” dan gereja besar Milan, menginap di Grand Hotel Wien, salah sebuah hotel terkemuka di dunia, yang disediakan oleh pejabat Forever di Vienna, Austria, menjamu selera di Hofburg Palace, mengunjung ke Vienna, bandar bersejarah dan berbudaya,dan juga majlis Rali Eropah dan Dunia yang begitu menggemparkan
Seterusnyanya, kami diketuai oleh pihak syarikat untuk mengadakan kunjungan ke kubu Schloss Freinham yang dibina pada tahun 1261 dan kini dijadikan sebagai pejabat Forever Jerman. Kami menginap di Hotel Sofitel bertaraf 5 bintang yang terletak di Taman Olimpik Munich yang didirikan pada tahun 1972. Kami
tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta api stim yang direka cipta pada tahun 1917. Di dalam gerabak kereta api yang bersejarah itu, kami dapat menghirup kopi Itali yang harum sambil menghayati
pemandangan yang mempesona di sepanjang perjalanan. Setiba di Fuessen, kami melancong ke Neuschwastein Castle yang wujud sejak abad ke-19. Di bawah atur susun CG Tan, kami menuju ke Stuttgart untuk melawat Muzium Porsche dan Muzium Mercedes yang termasyhur.
Pemerintahan Islam pada zaman kegemilangannya tidak terjebak dengan hutang
Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Namun, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]
Perubahan kehidupan umat Islam dengan tamadun yang dikagumi sebelum ini tentunya hasil sumbangan tokoh-tokoh kaya di kalangan umat Islam. Pemerintahan Islam pada zaman kegemilangannya tidak terjebak dengan hutang untuk membangunkan negara kerana tokoh-tokoh Islam yang kaya dalam negara banyak memberi sumbangan.
Inilah sebabnya kenapa umat Islam mesti kaya, mesti berusaha memiliki harta kekayaan.
Buktikan!!! Biarpun begitu ramai orang yang ingin melihat kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR INGAT MELIHAT KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
Kenapa kita perlu jadi KAYA? Kita jadi kaya bukan untuk diri kita sahaja. Kita ada tanggungjawab kepada saudara Islam kita yang lain. Untuk mencapai Syurga Allah kita haruslah menjaga 2 hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Kita harus ingat bahawasanya apabila matinya anak-anak Adam maka 3 perkara akan dibawa bersama-sama iaitu doa anak yang soleh/solehah, ilmu yang bermanafaat dan sedekah/amal jariah.
ANUGERAH FOREVER LIVING 2007
Desmond Kong & Grace Chan
Apabila perkara berjalan dengan lancar, kami menggunakan momentum, untuk impian yang lebih besar dan melakukan perkara dengan lebih banyak. Pada tahun 2007, apabila kami dianugerahkan sebagai pengedar terbaik, kami menetapkan matlamat yang lebih besar, iaitu untuk mempunyai lebih daripada satu pengedar terbaik dalam rangkaian kami. Selepas 5 tahun, impian kami menjadi kenyataan. Kami berterima kasih kepada semua pemimpin atas sokongan dan galakan mereka, yang membantu kami mencapai pencapaian hari ini. Ini adalah permulaan yang baik untuk kami. Matlamat kami yang seterusnya adalah membawa lebih ramai pencapai untuk dianugerahkan di atas pentas. Tiada batasan! Majulah ke hadapan, jutawan sekalian!