Lirik lagu Hokkian berjudul “Sejuta” yang mengatakan “Minum kopi di Itali, sambil makan Spaghetti di tepi jalan” memadai untuk menggambarkan keseronokan kami ketika melancong ke Eropah.
Kami bersama-sama upline Tom dan Jacqueline menjejakkan kaki di benua Eropah, sebuah benua yang bersejarah,sempena menyertai Rali Dunia. Kami telah dilimpahi pelbagai kemeriahan dan layanan yang sungguh mengagumkan, antaranya termasuk melawat ke beberapa destinasi yang menarik seperti Colosseum di Rom, menara condong Pisa, kota Florence, Venice yang terkenal sebagai “kota air” dan gereja besar Milan, menginap di Grand Hotel Wien, salah sebuah hotel terkemuka di dunia, yang disediakan oleh pejabat Forever di Vienna, Austria, menjamu selera di Hofburg Palace, mengunjung ke Vienna, bandar bersejarah dan berbudaya,dan juga majlis Rali Eropah dan Dunia yang begitu menggemparkan
Seterusnyanya, kami diketuai oleh pihak syarikat untuk mengadakan kunjungan ke kubu Schloss Freinham yang dibina pada tahun 1261 dan kini dijadikan sebagai pejabat Forever Jerman. Kami menginap di Hotel Sofitel bertaraf 5 bintang yang terletak di Taman Olimpik Munich yang didirikan pada tahun 1972. Kami
tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta api stim yang direka cipta pada tahun 1917. Di dalam gerabak kereta api yang bersejarah itu, kami dapat menghirup kopi Itali yang harum sambil menghayati
pemandangan yang mempesona di sepanjang perjalanan. Setiba di Fuessen, kami melancong ke Neuschwastein Castle yang wujud sejak abad ke-19. Di bawah atur susun CG Tan, kami menuju ke Stuttgart untuk melawat Muzium Porsche dan Muzium Mercedes yang termasyhur.
Di sini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelanggan, rakan niaga, upline Tom & Jacqueline, Pihak Pengurusan Forever Malaysia dan juga CG Tan dan Jenny atas sokongan mereka.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada pengasas Forever, Rex Maughan, atas layanan dan peluang perniagaan yang diberikan. Forever telah mengubah kami daripada anak Batu Pahat yang biasa kepada luar biasa dengan memiliki kekayaan, kesihatan dan juga pengiktirafan ramai. Anak-anak kesayangan, Jim dan Jae, ibu bapa dan adik beradik kami amat berbangga atas kejayaan kami.
Sesungguhnya, keyakinan dan keazaman antara unsur penting yang bakal membantu kita mengembangkan perniagaan Forever dengan mantap. Ya, kita boleh!Munich Neuschwanstein Castle
Special thanks to
TK Tan & Jasmine Aw
for contributing the above script
Tiada ulasan:
Catat Ulasan