Forever Living kumpulan syarikat terdapat syarikat Aloevera of America dan Forever Nutraceutical kilang memproses lidah buaya kepada minuman supliment dan kilang memproses bahan-bahan nutri dan vitamin
Ibu pejabat di Scottdale, Arizona dan beberapa buah bangunan ibu pejabat Forever Global di serata dunia.Forever memiliki bangunan diseluruh dunia yang dimiliki sendiri di-150 negara seluruh dunia dan semakin berkembang maju
Dengan program Clean-9, FIT-15 dan beberapa program pegurusan berat bandan bersama-sama Forever Living pastinya anda dan rakan-rakan ingin memulakan hari baru bersama pendapatan tambahan yang sangat berbaloi-baloi hubungi 0192830717
Setiap tahun Forever memperkenalkan percutian mewah diserata benua bersama-sama rakan niaga kami di seluruh negara bertemu dan berbincang tentang kehebatna bisness Forever sebab anda adalah Forever Busines Owner
Ramai yang tertanya-tanya apakah hukum menjalankan perniagaan multi level ini atau secara ringkas ianya disebut sebagai mlm, ramai para cendiakawan dan mereka yang arif telah membincangkanya sejak dari dahulu lagi dan terkini ianya telah di dokumenkan dan menjadi satu undang-undang yang harus di ikuti oleh semula syarikat yang menjalankan perniagaan berkonsep mlm.
Meskipun ada diantara syarikat yang tidak mempunyai wakil syariah para pengedar atau ahlinya boleh merujuk kepada panduan dan keterangan yang telah di keluarkan oleh JAKIM selaku urus setia penerbitan garis panduan ini
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".
Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti yang berikut:
Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Zaharudin bin Muhammad
Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful
Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26 Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.
KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM
(1) Berdaftar dan mempunyai lesen Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah.
(2) Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas
Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui
Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA”
Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani atau boleh dianggap mengikut undang-undang sebagai telah ditandatangani
Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang.
(3) Tempoh Bertenang
Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja
Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian.
Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh.
Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi .
Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh.
PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
Terdapat TIGA jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung seperti yang berikut:
(a) Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM)
(i) Syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat.
(ii) Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
(iii) Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).
(b) Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)
(i) Syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.
(ii) Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.
(c) Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
Rujuk bab (11) Pemberian Insentif (f) Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil
daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan
syarikat. muka surat 18 daripada buku klik link dibawah GARIS PANDUAN
PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG SECARA
PEMASARAN BERBILANG TINGKAT
(MULTI-LEVEL MARKETING)
MENURUT SYARIAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Ringkasanya menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai perniagaan berkonsep MLM