KONSEP PERNIAGAAN ISLAM DAN NETWORK MARKETING

Ramai yang tertanya-tanya apakah hukum menjalankan perniagaan multi level ini atau secara ringkas ianya disebut sebagai mlm, ramai para cendiakawan dan mereka yang arif telah membincangkanya sejak dari dahulu lagi dan terkini ianya telah di dokumenkan dan menjadi satu undang-undang yang harus di ikuti oleh semula syarikat yang menjalankan perniagaan berkonsep mlm.



Meskipun ada diantara syarikat yang tidak mempunyai wakil syariah para pengedar atau ahlinya boleh merujuk kepada panduan dan keterangan yang telah di keluarkan oleh JAKIM selaku urus setia penerbitan garis panduan ini

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam".

Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi  merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut  terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti  yang berikut:

Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Ustaz Zaharudin bin Muhammad
Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan  dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.






KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM

(1) Berdaftar dan mempunyai lesen Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah.

(2) Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
  1. Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas
  2. Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui 
  3. Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA”
  4. Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani atau boleh dianggap mengikut undang-undang sebagai telah ditandatangani 
  5. Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang.


(3) Tempoh Bertenang
  1. Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja
  2. Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian.
  3. Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh.
  4. Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi .



Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh.

PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

Terdapat TIGA jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung seperti yang berikut:

(a) Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM)
  1. (i) Syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat.
  2. (ii) Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
  3. (iii) Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).
(b) Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan) 
  1. (i) Syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.
  2. (ii) Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.
(c) Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos. 

Rujuk bab (11) Pemberian Insentif

(f) Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat.

muka surat 18 daripada buku klik link dibawah
GARIS PANDUAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG SECARA PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) MENURUT SYARIAH 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Ringkasanya menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai perniagaan berkonsep MLM



Ustaz Dr Zaharuddin

Maklumat lanjut boleh rujuk link
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *