HUKUM SYARAK DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG/MLM/NETWORKING BISNESS

Salam Maal Hijrah semua pembaca

Hari ni nak berkongsi sikit tentang perniagaan di dalam islam dan yang telah disediakan jalan-jalan atau peraturan yang kita semua perlu akui dan ikuti sebagai panduan agar tidak tersesat dan melakukan perkara yang mungkin kita tidak ketahui ianya adalah menghilangkan kerberkatan dalam perniagaan.



Dalil al-Quran tentang prinsip saling reda-meredai adalah sebagaimana dalam surah al-Nisa‟, ayat 29: 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.

Perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) berdepan dengan pelbagai polemik berhubung dengan statusnya daripada perspektif hukum syarak. Sehubungan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa: "Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".  

PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM

(1) Berdaftar dan mempunyai lesen 
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah 

(2) Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
i- menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas
ii- perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui
iii-mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA” y
iv-hendaklah ditandatangani atau boleh dianggap mengikut undang-undang
v- peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bilabila masa sebelum habisnya tempoh bertenang

(3) Tempoh Bertenang
i- tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan
ii-pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian
iii-pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh har
iv-berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi

(4) Yuran Keahlian Pada Kadar Yang Minimum 
i-hendaklah pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak
ii-Melalui pendaftaran samada dengan pembayaran yuran ataupun tidak
iii-bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi sehingga tidak lagi kekal sesuai dengan sifatnya untuk menampung kos starter kit atau business tools yang disediakan.
iv-penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos

(5) Tujuan Menjadi Peserta 
mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak
i- membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan
ii- barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.

(6) Akad Dalam Perniagaan Jualan Langsung 
i-hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta. 
ii-asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-ju`alah (الجعالة )
(a) Al-ju`alah )الجعالة)
akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu alja’il. layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al- ’amil apabila natijah yang disyaratkan oleh al-ja’il berjaya 11 direalisasikan dan bukan semata-mata dengan melakukan usaha dan mencurahkan tenaga.

Banyak lagi panduan yang kita boleh baca untuk sama-sama kita memahami syarikat manakah yang sesuai dan lebih mengikut syarak dalam perniagaan mlm di Malaysia ini.

In sha allah mogo menjadi panduan buat kita semua umat islam di Malaysia. Untuk dapatkan salinan cetakan panduan tersebut boleh klik di link http://zaharuddin.net/images/garis_panduan_mlm_20111.pdf 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *