KEMAHIRAN KOMUNIKASI PENERAJU KEJAYAAN

بسم الله الرحمن الرحیم

Komunikasi sangat penting dalam menyampaikan mesej yang berguna untuk ditafsir oleh otak manusia dan akan bertindak balas dari mesej yang diterima.Komunikasi yang baik dan lancar amat diperlukan apatah lagi di dalam bidang perniagaan. Dalam apa jua bentuk perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara pengusaha dan pelanggan, sesama rakan, tetamu atau sesiapa saja tidak dapat dielakkan.



Komunikasi tidak bermakna kita harus pandai bercakap. Dalam blogging juga kita berkomunikasi. Bayangkan jika anda hendak berkomunikasi dalam dunia offline, sudah pasti anda hanya boleh bercakap dengan seorang sahaja dalam satu masa.

Latihan yang berterusan adalah asas bagi anda yang mahu meningkatkan kemahiran komunikasi. Ia tidak akan berhasil jika anda sekadar membaca buku, melihat teori dan juga mendengar nasihat orang lain melainkan anda sendiri melakukannya.

Kita perlu menjadikan komunikasi sebagai salah satu alat yang menyalurkan maklumat penting dan terperinci kepada semua lapisan dalam struktur syarikat anda. Ia sangat penting sebagai penggerak kepada motivasi pekerja untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Tidak dinafikan kejayaan sesebuah perniagaan adalah datang daripada kemahiran peneraju yang berjaya menyampaikan komunikasi dengan jaya kepada pelanggan / rakan niaga dan pekerja bawahannya sendiri. Dia berjaya menarik aura diri dengan cara berkomunikasi yang mampu menawan dan menyenangkan hati si pendengar.

Kemahiran ini perlu ada bagi anda sebagai usahawan. Dan anda tidak perlu risau untuk memikirkan bahawa ini adalah terlalu besar kepada anda. Mulakan latihan berkomunikasi dengan baik kepada rakan sekeliling anda. Perbaiki sedikit demi sedikit kelemahan yang ada. Ingat kemahiran bukan dilahirkan tetapi ia diasuh sedikit demi sedikit.

Tiga strategi komunikasi efektif ini :

Rahsia #1: Keghairahan

Keghairahan, minat yang mendalam dan cinta pada sesuatu topik itu akan menonjol apabila kita berbicara. Serlahkan keghairahan kita dalam percakapan kita. Ini sering kali menjadi mudah apabila kita bercakap mengenai sesuatu yang kita cinta. Oleh sebab itu juga, dalam perniagaan, pastikan perniagaan yang kita dalami adalah sesuatu yang menarik minat kita. Apabila kita berbicara dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh, pastinya ia akan berjaya menarik hati mereka yang mendengar berbanding dengan sekiranya kita hanya bercakap ala kadar dan tidak menunjukkan riak wajah yang ceria dan mempesonakan.

Rahsia #2: Beri Inspirasi

Beri inspirasi kepada audiens anda. Inspirasi akan menyentuh emosi. Emosi adalah apa yang akan menghubungkan antara anda dan pendengar pada tahap yang lebih mendalam. Percakapan seringkali akan menyentuh logik manusia. Tetapi, inspirasi akan menyentuh emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan manusia adalah berdasarkan emosi. Oleh itu, dengan menyentuh emosi melalui inspirasi, anda akan berjaya mendapat respons yang positif daripada audiens.

Sebagai contoh, sekiranya menyebut “Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan”, ia hanya menyentuh logik. Tetapi, sekiranya disertakan sedikit inspirasi seperti “Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun dirinya seorang OKU yang tidak dapat melihat sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan”, sudah tentunya memberi impak yang lebih tinggi oleh kerana disertakan sumber inspirasi.

Dalam berkomunikasi, cuba selitkan elemen-elemen inspirasi untuk menyentuh emosi pendengar anda.


Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan, oleh itu, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami. Adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Dalam berkomunikasi juga, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkan nya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar. Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?

Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Rujukan daripada usahawan.com
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *