Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang jujur sehingga
Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda:
“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).
Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda:
“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Penipuan dan Khianat
Dalam masa yang sama, peniaga juga terdedah untuk menjadi pendusta dan pengkhianat jika dia tidak berakhlak. Menipu apa yang diberitahu kepada pembelinya dan mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak sangka.
Dosa mereka ini terlalu besar. Tidak boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan masjid dan surau.
Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar”
(Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)
(Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)
Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai orang melayu muslim menjual pelbagai ‘ubatan’, makanan tambahan dan seumpamanya. Pelbagai dakwaan yang sebahagiannya tidak terbukti benar tapi diwujudkan bagi menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan RasulNYA dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta. Khianat atas khianat.
Dosa
Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan ataupun hiasan yang menawan sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa yang besar. Lebih buruk lagi, ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat al-Quran di dinding-dinding kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya tetapi sekadar untuk menarik perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan mereka tidak seiras dengan ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka yang datang dan mempercayai mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak tergamak dimakan jika pelanggan mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran menegaskan: (maksudnya)
“dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata”.
(Surah al-Ahzab, 58)
(Surah al-Ahzab, 58)
Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam halal.
Sabda Nabi s.a.w: “Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan”
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Sabda Nabi s.a.w: “Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan”
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA. Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan