Muslim dan orang melayu wajib kaya

Sebab mengapa Melayu perlu berusaha untuk menjadi kaya dari sekarang. Kita perlu ubah mentaliti kita.

Rasulullah dikelilingi para sahabat yang kaya raya. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi adalah antara sahabat yang kaya-raya.


Kita perlu menjadi kaya dan berjaya tetapi bukan semata-mata untuk diri kita tetapi untuk agama Allah.Jangan pula menjadi fakir nantinya di akhirat kerana terlalu sibuk mengejar harta dunia.Kaya yang diberkati Allah bukan kaya yang merupakan istidraj daripada Allah.Istidraj iaitu kekayaan dan kejayaan yang akan menjauhkan kita daripada Allah dan membuatkan kita semakin melupakanNya.

Allah berfirman di dalam Al-Quran dan memberi jaminan kepada orang-orang muslim agar sentiasa mengigati Allah dan berserah kepada Allah dengan usaha yang gigih tanpa merasa jemu maka Allah akan mempermudahkan urusan manusia.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:28)

Kekayaan yang sebenar adalah apabila kita mempunyai sesuatu yang tidak mampu dibeli oleh wang ringgit.”

Rasulullah berkata bahawa orang kaya akan lambat masuk ke syurga kerana setiap daripada hartanya akan dihisab oleh Allah. Maka apabila Abdul Rahman bin Auf salah seorang sahabat yang sangat kaya mendengar perkataan Rasulullah, dia segera bersedekah segala hartanya untuk agama Allah untuk mempermudahkan hisabnya di akhirat kelak.


Allah meluaskan limpahan dan rezeki yang banyak kepada sesiapa sahaja yang di kehendaki seperti yanf firmaNya dalam Al-Quran

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
(Al-Israa' 17:6)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32)

Beberapa hadith Rasulullah menganjukan seluruh orang islam agar sentiasa berusaha untuk menaikan taraf kehidupan dan tinggalkan perbuatan meminta-minta yang sememangnya tidak dianjurkan dalam islam seperti sabdanya ;

Hadits Muslim 1725
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي اللَّيْثُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَاهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Tidaklah seseorang terus meminta-minta hingga kelak pada hari kiamat ia menjumpai Allah sementara di wajahnya tak ada sekerat daging pun. 
[HR. Muslim No.1725].

Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh menentukan perjalanan sesebuah masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula mendedahkan sesebuah masyarakat kepada penghinaan dan percaturan pihak lain. Membantu perniagaan saudara sesama kita , kita melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda:

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda:

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” 
(Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Kuatnya Islam dahulu menguasi dunia disebabkan ilmu yang dipelajari, ekonomi yang dikuasai, ketakwaan pemerintah dan rakyatnya yang yakin dan percaya keesaan Allah s.w.t ,kajian yang dijalankan beberapa pihak mendapati dua peratus manusia yang terlampau kaya menguasai 51 peratus kekayaan manakala 50 peratus yang termiskin hanya memiliki dua peratus kekayaan. 

Dengan menjadi usahawan, orang Me­layu akan dapat membebaskan diri daripada terlalu bergantung kepada kaum bukan Islam dalam bidang ekonomi.
Pergantungan hidup inilah yang menyebabkan terlalu ramai orang Melayu hari ini lebih tunduk kepada manusia lain terutama yang berpangkat, berkuasa dan berharta berbanding takut akan Allah SWT. Keuntungan daripada perniagaan juga dapat disalurkan bagi membantu orang Islam miskin yang kini adalah bilangan paling ramai di negara ini berbanding kaum lain.


Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam halal. 

Sabda Nabi s.a.w:

“Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan” 
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA. Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur membawa ke syurga.

Sumber rujukan
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing

http://drmaza.com/home/?p=2242

https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-nusantara/16/12/24/oiomb7368-tiga-alasan-orang-islam-wajib-kaya

https://www.mutiarahadits.com/26/62/76/larangan-meminta-minta-kepada-orang-lain.htm
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *