Apakah yang terkandung didalam minyak zaitun sehingga ianya menjadi bahan kajian serta rujukan di makmal-makmal perubatan dan merupakan bahan penting dalam industri kosmetik?
Jawapannya ialah kandungan oleic acid yang sangat tinggi sehingga 75%, yang tidak terdapat pada mana-mana minyak lain didunia. Oleic acid merupakan sejenis antioxidant yang merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada keadaan paling optimum. Menurut kajian perubatan minyak zaitun mempunyai kadar lemak monounsaturated fat dan polyunsaturated yang tinggi. Seterusnya ia juga mempunyai tidak kurang 24 jenis polyphenols iaitu sejenis antioxidant yang menolong tubuh badan manusia dari serangan “free radical”. Hanya minyak zaitun yang asli sahaja yang mengandungi kadar oleic acid yang tinggi.
Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squaelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:
"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.
"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.
Pakar sains mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak Ikan Omega 3 Untuk Kesihatan
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak.
Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Menurut American Heart Association (AHA), uji klinikal telah membuktikan bahawa Omega 3 berkesan untuk mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular (CVD). Minyak ikan merupakan sumber omega 3 yang baik, oleh kerana itu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan aritmia jantung.