GABUNGAN MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN MINYAK ZAITUN OMEGA 9

Apakah yang terkandung didalam minyak zaitun sehingga ianya menjadi bahan kajian serta rujukan di makmal-makmal perubatan dan merupakan bahan penting dalam industri kosmetik?

Jawapannya ialah kandungan oleic acid yang sangat tinggi sehingga 75%, yang tidak terdapat pada mana-mana minyak lain didunia. Oleic acid merupakan sejenis  antioxidant yang merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada keadaan paling optimum. Menurut kajian perubatan  minyak zaitun mempunyai kadar lemak monounsaturated fat dan polyunsaturated yang tinggi. Seterusnya ia juga mempunyai tidak kurang 24 jenis polyphenols iaitu sejenis antioxidant yang menolong tubuh badan manusia dari serangan “free radical”. Hanya minyak zaitun yang asli sahaja yang mengandungi kadar oleic acid yang tinggi.  



Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squaelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:

"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.

"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.


Pakar sains mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
 

Minyak Ikan Omega 3 Untuk Kesihatan
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak.
Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif. 
Menurut American Heart Association (AHA), uji klinikal telah membuktikan bahawa Omega 3 berkesan untuk mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular (CVD). Minyak ikan merupakan sumber omega 3 yang baik, oleh kerana itu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan aritmia jantung.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *