Kita Menarik Apa Yang Kita Fikirkan
Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.
Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan.
Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.
Di sekeliling kita banyak yang negatif. Dan inilah yang banyak mempengaruhi minda kita tanpa disedari.
Bagaimana Capai Kejayaan Dengan RC?
Kita perlu aktifkan Reticular Cortex (RC) secara positif.
Antara teknik yang baik untuk aktifkan RC adalah:
(1) Baca kisah kejayaan orang lain.
(2) Gambarkan diri dengan impian dan matlamat kita.
(3) Gunakan kata-kata positif kepada diri sendiri.
(4) Bergaul dengan orang yang positif dan berjaya.
8 Sahabat yang dijamin ke syurga adalah dikalangan orang Beriman, Bangsawan, Hartawan dan yang pasti semuanya adalah Dermawan 🙂
Beri peluang kepada diri untuk berjaya dan membantu orang di sekeliling anda kerana kekayaan yang sebenar adalah…
“Kaya bukanlah kerana banyaknya harta, melainkan yang disebut kaya adalah kaya jiwa”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Rakan dan orang yang berada hampir dengan kita akan mempengaruhi kita.
85% daripada kejayaan anda bergantung pada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat dari orang lain serta kenalan-kenalan anda.
Saya pasti anda kenali muli-millionaire Robert Kiyosaki. Dalam salah satu temuramahnya, Kiyosaki mengatakan bahawa dirinya ingin menjadi amat kaya, oleh itu beliau bergaul dengan billionaires!
Begitu juga motivator Anthony Robbins mengatakan dirinya merapati orang-orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi dari dirinya.
Kita semua masih belajar selagi kita masih hidup jadi daptkan pelajaran yang baik-baik agar mendapat perkara yang baik-baik juga seperti juga pelajar yang ingin cemerlang rami orang tahun dan faham tentang perkara yang baik-baik akan mempengaruhi kita untuk sama-sama menjadi baik dan beriman kepada Allah dan Rasullullah s.a.w
"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)
Dan mohon umat islam jangan lupa Allah SWT berfirman :
“ Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari ( perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar. “ ( Al-Ankabut : 45 )
Moga bermanfaat kpada semua umat islam dan sekelian manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasullullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan