Kekurangan nutrisi punca sakit dan kekejangan otot

Kajian dan tinjauan Merck Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal mendapati rasa sakit serta tidak selesa yang paling biasa dialami kebanyakan orang sebenarnya berpunca daripada saraf yang tidak sihat.


Tinjauan yang dibuat di Lembah Klang pada tahun lalu mendapati seorang daripada dua orang yang berusia 21 tahun ke atas menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf.Separuh daripada responden merasakan seakan dicucuk jarum di bahagian anggota badan mereka termasuk rasa kebas dan panas.

Pemeriksaan saraf dijalankan juga ke atas lebih 13,000 rakyat Malaysia di seluruh negara tahun lalu mendapati 26 peratus saraf daripada mereka yang diperiksa sudah rosak.

Kebanyakan yang terlibat dalam tinjauan ini dan diperiksa beranggapan rasa sakit dan tidak selesa yang mereka alami berpunca daripada gaya hidup mereka atau tekanan yang berkaitan kerja.

Mereka tidak menyangka bahawa mereka mungkin mempunyai penyakit yang dipanggil sebagai neuropati iaitu kerosakan saraf.

Gejala kerosakan saraf boleh melibatkan rasa berdenyut-denyut serta kebas kepada rasa sensitif yang melampau kepada sentuhan atau sakit yang mencucuk-cucuk serta sukar berasa panas atau sejuk atau hilang rasa sensasi.

Pesakit neouropati lazimnya mengadu rasa berdenyut-denyut, kebas, rasa sakit atau panas di kaki atau hujung jari. Sekiranya anda tidak merawat masalah ini, ia mungkin menjadi lebih buruk. Ia akan naik ke kaki atau tangan.

Anda juga boleh mendapat ulser. Ini berlaku apabila pesakit tidak sedar yang dia mempunyai luka dan akibat jangkitan, luka itu menjadi teruk. Kawasan kebas biasanya bermula dari tempat yang paling jauh dari bahagian tengah badan. Pesakit juga mungkin mengadu lemah otot.

Sekali-sekala otot akan menjadi 'atropid' yang bermakna otot mengecut kerana saraf di otot berada dalam keadaan teruk. Sakit akut yang biasa adalah baik kerana ia tanda amaran, justeru melindungi seseorang itu daripada mengalami lebih banyak kerosakan terhadap tubuh badannya.

Penerangan oleh Dr Goh Khean Jin, Perunding Ahli Neurologi Pusat Perubatan Universiti Malaysa.


Punca neuropati perifer
30 peratus neuropati berpunca daripada faktor yang tidak dikenali sementara 30 peratus lagi disebabkan diabetes ianya dipanggil neuropati diabetik.

Gaya hidup seperti pengambilan alkohol yang berlebihan, menghisap rokok, keadaan yang banyak duduk, ketidakseimbangan diet seperti kekurangan sumber vitamin B1, B2 dan B12 terutama dalam kalangan mereka yang cuma mengambil sayuran menjadi faktor biasa yang menyebabkan neuropati perifer.

Duduk terlalu lama, memakai kasut tinggi serta pakaian ketat di samping melakukan kegiatan yang berulang-ulang seperti menaip, memasak dan sebaginya akan memberi tekanan kepada saraf.

Saraf juga boleh rosak akibat lebihan berat badan dan trauma fizikal seperti kemalangan kenderaan, jatuh atau kecederaan sukan.

Punca lain termasuk jangkitan virus atau bakteria, penyakit buah pinggang, penyakit hati, kecelaruan otoimun dan pendedahan kepada toksin.

Antara ikhtiar yang kita boleh lakukan dengan penuh keyakinan bahawa segala penyakit dan kesembuhan datang daripada Allah maka Allah jualah yang memberi kesembuhan asbab daripada segala yang Rasulullah telah ajarkan kepada sekalian muslimin dan muslimat sejak beribu tahun lalu.

Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)

Terdapat juga catatan daripada ulama terdahulu iaitu Al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Terdapat juga beberapa nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kesihatan otot dan saraf.

  1. Air
  2. Vitamin B1,B2 dan B12
  3. Sodium
  4. Magnesium
  5. Kalsium
  6. Kalium

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *