• FOREVER LIVING-ALOEVERA OF AMERICA

    Forever Living kumpulan syarikat terdapat syarikat Aloevera of America dan Forever Nutraceutical kilang memproses lidah buaya kepada minuman supliment dan kilang memproses bahan-bahan nutri dan vitamin

  • LADANG ALOEVERA FOREVER LIVING

    Aloevera of America group syarikat Forver Living memiliki ladang terbesar dunia dan memperosesnya sendiri untuk keseluruh 150 negara dunia.

  • IBU PEJABAT FOREVER LIVING INC

    Ibu pejabat di Scottdale, Arizona dan beberapa buah bangunan ibu pejabat Forever Global di serata dunia.Forever memiliki bangunan diseluruh dunia yang dimiliki sendiri di-150 negara seluruh dunia dan semakin berkembang maju

  • ANDA MEMERLUKAN PENDAPATAN SAMPINGAN

    Dengan program Clean-9, FIT-15 dan beberapa program pegurusan berat bandan bersama-sama Forever Living pastinya anda dan rakan-rakan ingin memulakan hari baru bersama pendapatan tambahan yang sangat berbaloi-baloi hubungi 0192830717

  • MILIKI PERCUTIAN MEWAH TARAF 5 BINTANG

    Setiap tahun Forever memperkenalkan percutian mewah diserata benua bersama-sama rakan niaga kami di seluruh negara bertemu dan berbincang tentang kehebatna bisness Forever sebab anda adalah Forever Busines Owner


10 CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI

As-salamualaikum semua dan selamat malam

Bagaimana meningkatkan motivasi diri.

"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa.


Vision Board
Adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup.Gambar itu ditampal pada board tersebut supaya anda boleh tengok dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakam gambar keinginan tersebut dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kita kepada apa yang kita ingin capai impian melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Tulis Impian Anda SETIAP HARI
Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target.Tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.

Gunakan Sistem Hadiah
Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri.Set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri.


Insentif Local trip dari Forver Living Product


Kisah Inspirasi Orang lain

Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri. Cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.


Fokus dengan apa yang anda fikir.
Anda fikir pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian dan sebagainya
Share:

PROTIN UNTUK MENGAWAL BERAT BADAN, KECANTIKAN DAN SELURUH TUBUH


Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Membantu mengekalkan berat badan ideal
Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

Membantu mengawal rasa lapar
Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

Membuat anda rasa kenyang
Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

Protin membantu membakar lebih banyak kalori
Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

Protein penting untuk penjagaan tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

Membantu melawan penuaan
Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.

Melindungi anda dari stress
Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

Bagus untuk kulit
Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda

Bagus untuk rambut
Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.

Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP
Pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.


Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan orang dewasa memerlukan di antara 46 sehingga 56 gram protein dalam sehari. Lelaki memerlukan lebih sedikit berbanding wanita. Institut Perubatan mensarankan keperluan protein sebanyak 10 sehingga 35 peratus daripada jumlah kalori anda. Kebanyakan kajian telah mencadangkan untuk mengambil sebanyak 1.2 gram protein sekilogram dari berat badan.

Forever Ultra-Lite membekalkan 18 asid amino penting, termasuk asid amino penting, tidak penting dan rantaian amino asid.

Kandungan terdiri daripada
Soy Protein Isolate, Fructose, Fructooligosaccharides, Dicalcium Phosphate, Natural Vanilla Flavor, Guar Gum, Aminogen®* (Patented Protease Blend), Safflower Oil, Soy Lecithin, Disodium Phosphate, Ascorbic Acid, Sucralose, D-Alpha-Tocopheryl Acetate, Biotin, Beta-Carotene, Niacinamide, Vitamin A Palmitate, Zinc Oxide, D-Calcium Pantothenate, Potassium Iodide, Vitamin D3, Pyridoxine Hydrochloride, Brewer’s Yeast, Thiamine Hydrochloride, Riboflavin, Chromium Chloride, Folic Acid, Spirulina,
Share:

SISTEM PEMBAYARAN DAN KOMISYEN FOREVER LIVING PRODUCT

Assalamualaikum semua rakan-rakan usahawan

Bagaimana syarikat membuat pembayaran bonus dan komisyen kepada pengedar di Forever Living adalah berdasarkan kepada harga juala produk. Berdasarkan daripada sejarah penubuhan syarikat sehingga kini lebih daripada 40 tahun dan di lebih 160 buah negara sistem tersebut masih tidak lagi bertukar malah daripada polisi terbaru syarikat ianya bertambah lagi insentif diberikan...




Ciri-ciri pembayaran syarikat

1. Seperti yang biasa kita dengar di kebanyakan syarikat membayar berdasarkan jualan minimum untuk melayakan bonus/komisyen dan kiraan tersebut juga berdasarkan nilai point adakalanya dipanggil BV/PV dab sebagainya.

Forever Living mengamalkan bayaran komisyen berdasarkan harga jualan tanpa GST. Sistem ini berlaku di seluruh dunia berdasakan harga jualan produk di negara tersebut yang mana ianya tidak sama di mana-mana negara harga jualanya dan harga berdasarkan ekonomi negara tersebut sebagai contoh di Malaysia

Harga Aloevera gel rm90.00
Ahli berdaftar rm76.50
Harga pengedar rm58.50

1. Pengedar menjual produk kepada ahli akan menjana untung rm18.00 
2. Pengedar menjual produk kepada bukan ahli menjana untung rm31.50
3. Ahli yang ditaja pengedar membeli pengedar menjana komisyen rm18.00 setiap belian

Peratus keuntungan no 1 = 20% dari harga jualan. No 2 = 35% dan No 3 = 20%

Tanpa perlu menhafal dan mengingat nilai point untuk mengiran keuntungan dan komisyen

2. Forever Living Product memiliki ladang lidah buaya terbesar di dunia dan menguasai 92% pasaran aloevera dunia, kelebihan inilah yang membuatkan syarikat dapat mengawal harga dipasaran dan menghindarkan orang tengah di dalam industri ini. Forever Living juga memiliki kilang memproses, makmal mengkaji dan menciptakan produk baru.


3. Pemasaran secara rangkaian yang adil dan tanpa paksaan yang mana akan membebankan pengedar sebagai contoh pengedar tidak perlu mendapatkan tajaan yang madal yang sama kiri dan kanan untuk melayakan bonus/komisyen. Tiada belian wajib atau pekage untuk melayakan bayaran di buat. 


Kepercayan pelanggan di seluruh dunia kepada Forever Liviing sudah bermula sejak 1978 dan di 160 buah  negara seluruh dunia dan bukan hanya berada di pasaan tempatan. Semua produk keluaran Forever Living yang berasaskan gel daun  lidah buaya telah di analisa dan selamat untuk kegunaan manusia berdasarkan kelulusan Majlis Sains Aloevera Antarabangsa melepasi juga ujian kimia produk dari badan KOSHER dan Halal IFANCA.


Disebakan itu jugalah syarikat diterima masuk di banyak negara di dunia, berdasarkan pengeluaran produk dikawal ketat dengan beberapa prosedur dan peraturan antarabangsa ianya juga di iktiraf keaslian produk tersebut dengan beberapa anugerah dan sijil pengiktirafan daripada badan-badan berdaftar seperti ISO, Organik, MedicalLine dan beberapa organisasi NGO yang berteraskan perubatan alternatif dan semulajadi 


PENGEDAR FOREVER LIVING
Sebagai ahli mereka diberi diskaun sebanyak 15% untuk semua produk didunia selagi Forever wujud dalam perniagaan ini, malahan diskaun tersebut juga diberi kepada mana-mana anak syarikat Forever sebagai contoh Forver Resort yang berada di Amerika, Afrika dan beberapa negara di dunia.

Ahli yang sering membuat belian sehingga rm1,462.00 dalam masa 2 bulan berturut akan diberi secara automatik kehalian VIP yang memberikan manfaat diskaun sehingga 35% untuk semua produk keluaran syarikat Forever Living Produk.

20% komisyen juga akan dibayar kepada pengedar yang mempunyai ahli dalam rangkaianya yang membeli di mana-mana center di Malaysia atau di mana-mana center seluruh dunia dan ianya berdasarkan nilai mata wang semasa negara tersebut.

Forever Living Product tidak mengamalakan tabung kereta,rumah atau pelancongan kerana di Forever Living semua pengedar hanya perlu mencecah target jualan tahun untuk melayakan semua insentif di Forever Living dan tidak tertakluk kepada apa yang boleh dan patut dibeli oleh pengedar. 


Antara insentif syarikat adalah

1. Forever2Drive - dibayar bulanan min rm1,394.00 selama 36bulan
Insentif ini dibayar bila saja pengedar mencapai sasaran jualan dan pengedar berhak menentukan apa sahaja yang ingin dibeli dengan duit tambahan ini tanpa ianya mengurakan sedikit pun komisyen bulanan pengedar.

2. Insentif pelancongan dalam benua Asia yang ditaja dengan hanya membantu rkan dalam rangkaian naik ke level seterusnya dan dengan nilai sasaran jualan tahunan dengan tidak menolak sedikit pun komisyen bulanan untuk kos pelancangan tersebut.

3. Pelancongan di luar benua seperti USA,Eropah atau sebagainya juga hanya perlu mencapai sasaran jualan tahunan dan membantu ahli naik kepada level seterusnya. Kiraan jualan adalah berdasarkan tahunan yang boleh disekalikan bersama jualan untuk pelancongan dalam benua.


4. Pelancongan sambil menerima bonus cek tahunan yang disertai bersama oleh pengedar seluruh dunia di lebih 160 buah negara dan berkumpul dalam satu event terbesar. Bonus ini adalah berdasarkan jualan yahunan kumpulan dan bonus diberi berdasarkan keuntungan jualan syarikat di seluruh dunia iaitu di 160 negara.

Ada banyak lagi nak citer nanti kita sambung lagi...ok

Share:

BENTUK SKIM PIRAMID YANG TIDAK KITA SANGKAKAN

Asalamualaikum semua pembaca blog

Apa itu skim piramid?

Skim piramid adalah salah satu bentuk investment atau pelaburan yang kita sedia maklum sebagai cara menjana pendapatan hanya dengan labur dan tunggu. Seperti yang telah disebut dalam garis panduan multilevel marketing yang di keluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mana-mana syarikat yang memfokuskan hanya mendapatkan ahli/agent/pengedar untuk menyertai mereka dengan sistem pelaburan dan bonus atau komisyen diberi berdasarkan kepada peserta yang menyertainya sebagai contoh pembayaran dibuat daripada yuran penyertaan ahli adalah dilarang keras dalam agama islam dan juga undang-undang negara.



Unsur-unsur tersebut juga terkandung dalam "Persatuan Jualan Langsung Malaysia" DSAM dan mana-mana syarikat yang di dapati mempunyai sistem tersebut tidak boleh menyertai DSAM. Terdapat juga ciri-ciri lain di mana jika peserta boleh membeli pangkat atau mendaftar keahlian lebih daripada 1 dengan nama yang sama, ini menunjukan terdapat kesangsian dalam penyertaan dan pembayaran bonus dan juga komisyen.

Unsur beli secara paksaan juga terkandung antara aktiviti yang tidak mematuhi shariah, mengikut peraturan undang-undang syariah produk atau barang yang berbentuk pakej tertentu bagi tujuan memenuhi syarat jualan dan imbuhan kepada syarikat yang boleh merugikan dan memudaratkan pengedar adalah dilarang sama sekali dan bertentangan. Pengedar secara bebasnya wajib diberi peluang untuk memilih mengikut keperluan atau permintaan pelanggannya bukan dipaksan dengan pakej tertentu.


Keuntungan tetap tanpa perlu usaha jualan secara berterusan juga merupakan perkara yang tidak dibenarkan di dalam undang-undang syariah, mana mungkin tiada jualan membolehkan syarikat boleh membayar komisyen dan bonus.

Maka sebelum bermula perhatikan sistem yang dijalankan dan produk yang dimiliki adakah bermanfaat kepada pelangggan atau bakal pembeli jangan hanya mengira untung sahaja. Keberkatan akan hilang jika 1,000 tak cukup dan 100,000 juga tak cukup maka disitu hilangnya berkah dari hasil kerja kita ....


Secara mudahnya mana-mana syarikat yang tidak berdaftar dengan DSAM di ketegorikan sebagai skim piramid yang mana syarat penyertaan tidak diterima untuk berdaftar sebagai ahli DSAM

MOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA .... KITA DIBERI AKAL UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG

Rujuk 
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
DSAM - Direct Selling Association of Malaysia
Share:

Tips dan trik membuat anda begitu hebat apabila anda bercakap

Bagaimana tips dan trik membuat anda begitu hebat apabila anda bercakap maka orang akan kagum dengan apa yang anda katakan


1. Cari persamaan antara diri anda dengannya. Oleh kerana dengan mewujudkan persamaan antara anda dan orang lain, ia akan mewujudkan "sambungan" komunikasi. Sudah tentu jika komunikasi disambung maka anda akan selesa bercakap dengannya dan dia sendiri berbincang dengan anda.

2. Gunakan permainan emosi komunikasi, membuat pengantara anda merasa seolah-olah mereka berlaku seperti yang anda maklumkan. Oleh itu, apabila pihak lawan dapat berkongsi perasaan akan ada hubungan emosi antara anda dan dirinya sendiri. 

Contohnya membuat rakan anda ketawa dengan jenaka ringan, sebelum anda melakukan transaksi perniagaan. Kerana dengan mereka dapat ketawa ia bermakna mereka selesa berbincang dengan anda dan ia menandakan masa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain.

Kedua-dua cara di atas adalah kaedah untuk menjadikan orang menjadi selesa untuk diri sendiri dan meningkatkan kewibawaan di mata orang lain. Peringkat ini dipanggil Komunikasi Empati. Sebaik sahaja anda dapat membuat seseorang merasa selesa dengan komunikasi empati maka anda boleh memberikan maklumat (Komunikasi Persuasif). Kerana anda tidak dapat menyampaikan maklumat kepada seseorang jika tidak ada "jambatan" di antara diri anda dengannya. Dan keselesaan adalah salah satu jambatan antara anda dan orang lain.

3. Anda mungkin pernah mendengar teknik 3 V di mana Verbal kami hanya mempunyai kekuatan 7%, Vokal 38% dan Visual 55%. Oleh itu, dalam menyampaikan maklumat menggunakan tangan anda untuk membantu menggambarkan apa yang anda sampaikan. Gunakan bahasa badan anda untuk memperkuat maklumat. Gunakan vokal untuk menjadikan komunikasi mudah dan tidak membosankan

4. Sebaik sahaja anda dapat membuat orang lain selesa, maka lakukan congruence. Kongres bahasa badan anda dan suara intonasi dengan maklumat yang anda serahkan. Kerana orang tidak percaya anda marah jika anda berkata "Saya bersabar" dengan perkataan yang tinggi.

5. Pikiran manusia dapat digambarkan secara sederhana melalui konsep Pikiran Sadar (conscious mind) dan Pikiran Bawah Sadar (unconscious mind). Pikiran sadar kita sangat terbatas dalam menerima informasi, sementara pikiran bawah sadar kita dapat menangkap semua informasi yang diterima saat kita berkomunikasi dengan seseorang.

Jika perhatian tertumpu pada satu perkara yang diulang, maka ia akan merealisasikan ideanya sendiri. Sebagai contoh apabila anda memberi tumpuan kepada skrin kaca yang menonton opera sabun atau telenovela hati yang sangat menyentuh, maka tanpa anda sedar anda menangis juga.

Itulah sebabnya mengapa anda harus memberi tumpuan kepada penyelesaian bukanlah masalah kehidupan anda. Apabila anda memberi tumpuan kepada sesuatu, sesuatu yang lain daripada tumpuan menjadi 'kabur'.

Apabila memberikan cadangan, gunakan kalimat yang mengandungi panggilan untuk memberi tumpuan supaya anda dapat mengarahkan pemikiran minda mereka.

"Dengarlah kata-kata saya, semakin banyak anda mendengar kata-kata saya .. lebih mudah untuk merialisasikan impian minda anda .."

Terdapat beberapa lagi minda kawalan sedar dan separa sedar yang boleh di aplikasikan kepada komunikasi prospek anda. 

Share:

PENTINGNYA KOMUNIKASI UNTUK BERKEMBANG

KOMUNIKASI PENTING UNTUK BERKEMBANG DALAM BISNES ATAU SEBAGAINYA

Dalam apa jua bentuk perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara pengusaha dan pelanggan, sesama rakan, tetamu atau sesiapa saja tidak dapat dielakkan.



Komunikasi tidak bermakna kita harus pandai bercakap. Dalam blogging juga kita berkomunikasi. Bayangkan jika anda hendak berkomunikasi dalam dunia offline, sudah pasti anda hanya boleh bercakap dengan seorang sahaja dalam satu masa. Tetapi tidak pada blog, di mana jumlah pembaca yang akan membaca anda menjadi subjektif. Kadang-kala 100, 1, 000 mahupun 1, 0000.

Ia tidak akan berhasil jika anda sekadar membaca buku, melihat teori dan juga mendengar nasihat orang lain melainkan anda sendiri melakukannya.

Latihan komunikasi boleh dibahagikan seperti berikut:

  1. Sentiasa berborak dengan rakan-rakan anda
  2. Pilih satu topik utama dan cuba luangkan masa untuk bercakap mengenainya
  3. Lakukan kajian secara terperinci terhadap topik yang anda ingin bualkan
  4. Jangan takut untuk lakukan kesilapan


Bagi menghilangkan gagap atau ‘blur’, sentiasa bercakap dengan rakan rapat atau keluarga bagi membiasakan diri

Tidak dinafikan kejayaan sesebuah perniagaan adalah datang daripada kemahiran peneraju yang berjaya menyampaikan komunikasi dengan jaya kepada pelanggan / rakan niaga dan pekerja bawahannya sendiri. Dia berjaya menarik aura diri dengan cara berkomunikasi yang mampu menawan dan menyenangkan hati si pendengar untuk mematuhi atau “membeli” idea buah fikiran anda.

mereka yang hebat berkomunikasi! Dan mereka menggunakan tiga strategi komunikasi efektif ini :

Dalam berkomunikasi, cuba selitkan elemen-elemen inspirasi untuk menyentuh emosi pendengar anda.
Rahsia #1: Keghairahan

Keghairahan, minat yang mendalam dan cinta pada sesuatu topik itu akan menonjol apabila kita berbicara. Serlahkan keghairahan kita dalam percakapan kita. Ini sering kali menjadi mudah apabila kita bercakap mengenai sesuatu yang kita cinta. Oleh sebab itu juga, dalam perniagaan, pastikan perniagaan yang kita dalami adalah sesuatu yang menarik minat kita. Apabila kita berbicara dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh, pastinya ia akan berjaya menarik hati mereka yang mendengar berbanding dengan sekiranya kita hanya bercakap ala kadar dan tidak menunjukkan riak wajah yang ceria dan mempesonakan.

Rahsia #2: Beri Inspirasi

Beri inspirasi kepada audiens anda. Inspirasi akan menyentuh emosi. Emosi adalah apa yang akan menghubungkan antara anda dan pendengar pada tahap yang lebih mendalam. Percakapan seringkali akan menyentuh logik manusia. Tetapi, inspirasi akan menyentuh emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan manusia adalah berdasarkan emosi. Oleh itu, dengan menyentuh emosi melalui inspirasi, anda akan berjaya mendapat respons yang positif daripada audiens.

Sebagai contoh, sekiranya menyebut “Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan”, ia hanya menyentuh logik. Tetapi, sekiranya disertakan sedikit inspirasi seperti “Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun dirinya seorang OKU yang tidak dapat melihat sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan”, sudah tentunya memberi impak yang lebih tinggi oleh kerana disertakan sumber inspirasi.

Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan, oleh itu, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami. Adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Ketika memberi ceramah perniagaan Internet, terdapat berbagai-bagai bahasa Internet yang asing perlu digunakan. Seringkali saya tidak menggunakan bahasa-bahasa teknikal oleh kerana antara audiens mungkin ada yang tidak faham. Oleh itu, saya perlu permudahkan apa yang ingin disampaikan supaya ianya jelas.

Dalam berkomunikasi juga, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkan nya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar. Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?


Contoh terbaik ialah Steve Jobs. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/ceramah ringkas mengenai produk terbarunya.
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Harus dimiliki setiap mukmin adalah sifat baik sangka pada Allah dalam segala urusan.

إن حسن الظن بالله من حسن العبادة
"Sesungguhnya berprasangka baik pada Allah adalah termasuk sebaik-baiknya ibadah (HR. Abu Daud)
LEMBAH KELANG KLIK 60192830717

Visitors

Dikuasakan oleh Blogger.

PENYELIDIKAN DAN FAKTA TENTANG DARAH DAN SALUR DARAH PADA TUBUH MANUSIA

 3 FAKTA MENARIK TENTANG SALURAN DARAH 1) Jumlah panjang saluran darah seorang individu dewasa adalah ~ 100,000 km = Boleh mengelilingi plan...

Label

abgman adakah agent ahli akta al-quran aloe vera aloevera aloevera gel alor setar ampang anti-oksidan anugerah Articsea asia asid ascorbic autralia bahasa BAHAYA banyak batin bawang putih bayar beli beli online berat badan berjaya berkah BERMASALAH berminyak berniaga besar bisnes bisness bonus bos brunei buah buah pingggang buat duit cbm cepat chairman bonus chek cheras clean9 daftar daftar ahli DELIMA demo desa desmond kong detox diabetes diet doa doa dan kejayaan download duit dunia duta eagle manager epal event 2012 FIT florida forever forever living foreverliving free gerai gigi gold cost gombak gout grace gula hadis halal haram hawaii global rally 2013 hayat hidup his/her hubungan hukum hulu kelang ikan indonesia industri infak international islam jantung jaya jeragat JERAWAT jom kurus jual jualan langsung jujur dan amanah jutawan kajian kakchah kaki kanser kawal kaya kaya berjaya kayu manis keahlian kebaikan kebas kecing manis kedah kejang kejayaan kemampuan kenali pelanggan kenapa kenapa mlm kencing manis keperluan keputihan kesan keuntungan kg khasiat KKM kolagen kolesterol komisyen komunikasi komunikasi efektif kuala lumpur kuku kulit kunci ldah buaya LEBAH lelaki lemah leverage lidah buaya living london luka LULUS lutut madu madu lebah malaysia management marketing masa masalah jerawat MEMBANTU membeli members menarik mencuci meniaga MERAWAT KULIT MERKURI mesti minda minyak mitos mlm motivasi mudah networking nutrisi obesiti omega online online as organik otot pack pakar pandan part part time patent patuh pegurusan badan pemakanan pemasaran pemasran penawar pencegahan pendapatan pengedar pengedaran pengiktirafan pengurusan peniaga penjagaan penjagaan kulit penuaan penyakit penyakit strok penyembuh perakuan percuma perlis perlu perlukah permudah perniagaan perubatan pomesteen popular prinsip produk produk kecantikan program promosi prospek protin radang rakan rali dunia rawatan rezeki sahabat sakit sakit tua sakit urat salur darah sambilan sampingan sangka baik sapphire saraf satistik sebulan sejarah selangor sembelit semulajadi senang sendi senjata seumur siapakah simple singapura soya strategi strok stroke suplemen suplemet supliment SURGA DAN PAHALA ORANG BERSEDEKAH DAN INFAK KE JALAN ALLAH syarak syariah syarikat tambahan tanda tangan teknologi tenaga terbaik terjadi TESTIMONIAL TESTIMONIE time tips tips dan trik tipu trip tubuh ubat ulser untung usahawan usus vitamin vitamin c wang wanita weight worldwide zaitun zakat zikir

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *