Asalamualaikum semua pembaca blog
Apa itu skim piramid?
Skim piramid adalah salah satu bentuk investment atau pelaburan yang kita sedia maklum sebagai cara menjana pendapatan hanya dengan labur dan tunggu. Seperti yang telah disebut dalam garis panduan multilevel marketing yang di keluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mana-mana syarikat yang memfokuskan hanya mendapatkan ahli/agent/pengedar untuk menyertai mereka dengan sistem pelaburan dan bonus atau komisyen diberi berdasarkan kepada peserta yang menyertainya sebagai contoh pembayaran dibuat daripada yuran penyertaan ahli adalah dilarang keras dalam agama islam dan juga undang-undang negara.
Unsur-unsur tersebut juga terkandung dalam "Persatuan Jualan Langsung Malaysia" DSAM dan mana-mana syarikat yang di dapati mempunyai sistem tersebut tidak boleh menyertai DSAM. Terdapat juga ciri-ciri lain di mana jika peserta boleh membeli pangkat atau mendaftar keahlian lebih daripada 1 dengan nama yang sama, ini menunjukan terdapat kesangsian dalam penyertaan dan pembayaran bonus dan juga komisyen.
Unsur beli secara paksaan juga terkandung antara aktiviti yang tidak mematuhi shariah, mengikut peraturan undang-undang syariah produk atau barang yang berbentuk pakej tertentu bagi tujuan memenuhi syarat jualan dan imbuhan kepada syarikat yang boleh merugikan dan memudaratkan pengedar adalah dilarang sama sekali dan bertentangan. Pengedar secara bebasnya wajib diberi peluang untuk memilih mengikut keperluan atau permintaan pelanggannya bukan dipaksan dengan pakej tertentu.
Keuntungan tetap tanpa perlu usaha jualan secara berterusan juga merupakan perkara yang tidak dibenarkan di dalam undang-undang syariah, mana mungkin tiada jualan membolehkan syarikat boleh membayar komisyen dan bonus.
Maka sebelum bermula perhatikan sistem yang dijalankan dan produk yang dimiliki adakah bermanfaat kepada pelangggan atau bakal pembeli jangan hanya mengira untung sahaja. Keberkatan akan hilang jika 1,000 tak cukup dan 100,000 juga tak cukup maka disitu hilangnya berkah dari hasil kerja kita ....
Secara mudahnya mana-mana syarikat yang tidak berdaftar dengan DSAM di ketegorikan sebagai skim piramid yang mana syarat penyertaan tidak diterima untuk berdaftar sebagai ahli DSAM
MOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA .... KITA DIBERI AKAL UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG
Rujuk
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
DSAM - Direct Selling Association of Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan