As-salamualaikum semua dan selamat malam
Bagaimana meningkatkan motivasi diri.
"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga – sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari” Zig Ziglar.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa.
Vision Board
Adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup.Gambar itu ditampal pada board tersebut supaya anda boleh tengok dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakam gambar keinginan tersebut dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kita kepada apa yang kita ingin capai impian melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.
Tulis Impian Anda SETIAP HARI
Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target.Tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.
Gunakan Sistem Hadiah
Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri.Set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri.
Insentif Local trip dari Forver Living Product
Kisah Inspirasi Orang lain
Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri. Cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.
Fokus dengan apa yang anda fikir.
Anda fikir pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan