As salam dan selamat malam semua usahawan sekalian
Kesihatan adalah apa yang diperlukan oleh semua orang di dunia agar mereka dapat berusaha untuk menjadi kayaan dan memiliki masa depan yang lebih baik.Dan kekayaan adalah apa yang paling diperlukan seseorang untuk mendapatkan keselesaan dan produktiviti yang stabil semasa atau akan datang.
Hampir tiada seorang pun yang memerlukan ubat sebelum sakit kebanyakan kita mengambil ubat setelah jatuh sakit maka dengan keadaan begitu maka duit atau harta yang selama ini kita simpan akan dikeluarkan untuk mengubat penyakit yang mungkin sembuh atau hanya sebagai menahan kesakitan yang di alami untuk sementara waktu.
Daripada makanan dan cara kita melayan nafsu makan inilah kebanyakkan punca berlakunya penyakit yang sederhana atau kronik menghampiri masyarakat kita semenjak sekian lama. Terdapat banyak tabiat buruk makan yang kita lihat hampir semua orang lakukan di dunia ini lebih-lebih lagi di Malaysia, tapi kita masih melakukan perkara yag sama dari tahun ke tahun tanpa rasa bersalah terhadap diri sendiri dan keluarga.
Satistik penyakit yang banyak berlaku di Malaysia meningkat setiap tahun tidak terkecuali kepada sesiapa pun di dunia ni termasuklah mereka yang terlibat dengan industri kesihatan atau sebaliknya. Semua adalah disebabkan cara makan yang diamalkan oleh keluarga sejak dari dahulu lagi dan amalan ini berlaku oleh setiap keluarga dan bangsa di dunia.
Industri supplemen atau makanan tambahan yang telah wujud sejak sekian lama dari berbagai jenis produk dan keluaran tetapu masih tidak memberi impak yang lebih baik kepada kesihatan masyarakat di Malaysia dan juga di dunia disebabkan ramai orang lebih mementingkan harta dan wang daripada kesihatan sendiri dan keluarga.
Keadaan kesihatan yang baik dan bertenga memberi kelebihan kepada diri oleh kerana keadaan diri yang sihat walaafiat memberi kelebihan kepada kita agar dapat berusaha lebih daripada mereka-mereka yang tidak berapa sihat dala masa yang sama juga akan membuka kepada peluang-peluang yang lain juga.
Setiap orang biasanya akan melihat mereka-mereka yang sihat dan meminta beberapa nasihat agar mereka juga dapat merasa sihat. Jika anda cantik bergaya mereka akan tanya pula bagaimana nak cantik dan bergaya begitula seterusnya kepada perkara-perkara yang lainnya. Anda yang kreatif dan faham akan peluang sedemikian akan mengambil peluang tersebut untuk berniaga dengan perkara-perkara yang berkaitan.
Orang yang cergas akan mempromosi perkara-perkara yang memberi kecergasan tubuh badan mereka dengan mempromosi antaranya mengajar untuk kecergasan, bagi yang cantik akan mempromosi produk kecantikan yang digunakannya.
Makanan tambahan yang berada di pasaran bertujuan memberi kadar nutrisi dan vitamin yang mencukupi kepada mereka yang memerlukan berdasarkan keperluan mereka ketika itu. Produk-produk begini seharusnya diamalkan sebelum berlaku masalah kesihatan yang lebih kronik disebabkan tubuh badan kekurangan sumber nutrisi daripada makanan yang diambil seharian dan ianya bertujuan memudahkan mereka untuk mendapatkan sumber tersebut selain daripada makanan seharian.
Terdapat juga antara makanan tambahan yang diamalkan oleh ramai orang yang sudah pun mengalami berbagai penyakit pada peringkat yang sederhana atau pun yang sudah teruk. Produk-produk makanan tambahan ini ada yang telah melalui berbagai kajian klinikal dan ada juga yang tidak pernah melalui ujian-ujian tersebut melainkan hanya menerusi testimonie-testimonie tertentu oleh pengamalnya.
Peluang menambah pendapatan berada seiring dengan produk-produk supplemen yang dikeluarkan oleh syarikat yang bertujuan ingin membantu mereka yang memerlukan keseimbangan nutrisi keperluan badan. Ada juga disebabkan ingin mengambil kesempatan daripada jumlah pesakit yag berada pada tahap kritikal yang bermaksud menakut-nakutkan masyarakat agar mesti dan wajib mengambil produk tersebut. Sikap dan keadaan begitu adalah sangat tidak beretika dan memusnahkan masa dan kewangan orang lain.
Kami di sini memberi anda kebebasan dan sedia memberi cadangan atas keperluan anda atau mana-mana orang yang memerlukan khidmat nasihat disebabkan masalah kesihatan dan kewangan yang melanda mereka ketika ini. Jika kita lihat satistik penyakit yang sangat tinggi jumlahnya di Malaysia dan dunia adalah masalah yang kronik dan kian bertambah setaip tahun tanpa perlu menunggu samada anda bersedia atau tidak.
Anda sihat dan anda tidak berkongsi info berguna kepada keluarga, rakan, jiran tetangga atau sesiapa saja yang anda kenal maka beberapa tahun akan datang mereka didatangi penyakit yang membawa kepada kematian yang mana sebelum itu anda mampu membantu mendapatkan produk-produk yang baik untuk mengawal kesihatan mereka tapi anda tidak lakukan makanya lama-kelamaan hanya anda sahaja yang tinggal tanpa gelak ketawa rakan-rakan seangkatan dengan anda maka kebosanan dan kesepian akan menghampiri anda ketika ini.
Akan mula timbul kesedaran dan kekesalan kerana tidak memulakan atau berkongsi maklumat yang anda sendiri tahu dan alamai sebelum itu dengan sebab keharmonian persahabatan kononnya la. Sebenarnya seorang sahabat yang baik dan menghargai sahabat yang lain adalah sama-sama mengingati dan berkongsi maklumat tetang menjaga kesihatan bersama.
Ajal maut adalah ketentuan Allah tetapi jika tidak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan keluarga seterusnya masyarakat adalah tidak wajar di lakukan kerana sesuatu yang dapat menambah pahala untuk bekalan diakhirat sentiasa berada disamping anda.
Sihatnya anda memberi kelebihan untuk semua menambah pendapatan sebelum umur meningkat tua dan uzur dalam masa yang sama kita meningalkan mereka dalam keadaan yang tidak meminta-minta belas kasihan kepada manusia lain.
~ kita sambung lagi pada post akan datang ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan