As salam semua terima kasih kerana sudi membaca di ruang ini
INFO TENTANG JUALAN SELURUH DUNIA MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN
Merujuk kepada carta jualan produk-produk kesihtan dari pelbagai jenama dan produk terdapat 53.6 billion USD jualan pada 2016 bagi produk dietary suppliment dan 24.2 billion USD bagi produk-produk berasaskan vitamin. Daripada jumlah diatas 10% jualan tersebut adalah daripada negara-negara ASIA, 47% dari Amerika Utara, 41% dari negara-negara Eropah dan 0.9% daripada negara Latin Amerika. (Rujuk satistik)
Lebih dari separuh daripada orang Amerika mengambil satu atau lebih makanan tambahan sehari atau kadang-kadang. Produk makannan tambahan disediakan tanpa preskripsi dan biasanya datang dalam bentuk pil, serbuk atau cecair. Suplemen biasa termasuk vitamin, mineral dan produk herba, juga dikenali sebagai botani.
Mereka mengambil suplemen ini untuk memastikan mereka mendapat nutrien penting yang cukup dan untuk mengekalkan atau memperbaiki kesihatan mereka. Tetapi tidak semua orang perlu mengambil makanan tambahan.
"Anda boleh mendapatkan semua nutrien yang anda perlukan dengan memakan pelbagai makanan yang sihat, jadi anda tidak perlu mengambilnya," kata Carol Haggans, ahli dietition berdaftar dan perunding kepada NIH. "Tetapi suplemen juga berguna untuk mengisi jurang dalam diet anda."
"Anda harus berbincang dengan doktor tentang apa makanan tambahan yang anda ambil supaya penjagaan anda dapat diintegrasikan dan diurus," menasihatkan Dr. Craig Hopp, pakar dalam penyelidikan botani di NIH.
Makanan tambahan dikawal selia oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) sebagai makanan, bukan sebagai ubat. Label produk mungkin menuntut berbagai manfaat kesihatan tertentu. Tetapi tidak seperti ubat-ubatan, suplemen tidak boleh menuntut untuk menyembuhkan, merawat atau mencegah penyakit.
Para penyelidikan menunjukkan bahawa minyak ikan boleh menggalakkan kesihatan jantung. Daripada suplemen yang tidak berasal dari vitamin dan mineral, Hopp berkata, "minyak ikan mempunyai bukti yang paling saintifik untuk menyokong penggunaannya."
Berdasarkan kepada gaya pemakanan di dunia dan warga Amerika sebahagian pakar nutrisi dan pemakanan mencadangkan penguna untuk mengamalkan makanan tambahan dan kebanyakan mereka mengamalkan produk dietary supplimen dan multivitamin.
Disebabkan permintaan dan penggunaa produk supplemen kini kian bertambah dan meningkat tinggi maka terdapat banyak produk-produk keluaran terbaru dari syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan daripada pengguna untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Di Malaysia terdapat produk-produk makanan tambahan yang telah dikenal pasti menggunakan bahan-bahan terlarang dan tidak mengikut spesifikasi yang di luluskan oleh Kem Kesihatan.
Ramai daripada pengguna mengharapkan mana-mana produk yang dibeli dapat memberi impak atau kesan positif yang cepat dan murah, maka banyak pengusaha yang mengambil kesempatan ini dengan begitu ghairah tanpa memperdulikan kesihatan pengguna bermaksud produk di tambah dengan bahan kimia yang membahayakan pengguna bagi mendapatkan kesan yang segera.
Sebagai pengedar produk kesihatan kami memilih produk dari syarikat yang dipercayai dan di luluskan penggunaan dan penjualanya di seluruh dunia, ini bermakna produk tersebut telah di uji dan disahkan selamat di banayak negara kerana ianya adalah antara syarat yang dibenarkan untuk memasuki pasaran negara tersebut.
Sebagai pengguna anda haru bijak memilih produk bukan berdasarkan label pada produk tetapi lakukan sedikit pencarian info yang disahkan benar dan dibolehpakai ini bagai memastikan anda sebagai pengguna tidak ditipu dan mengelakan daripada diundang bahaya.
Semoga bermanfaat kepada anda semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan